Language: EN | 中文 |

Pameran Perdagangan Budaya Jiangsu China 2023 bermula hari ini di KLCC

Kuala Lumpur, 17 Nov — Pameran Perdagangan Budaya China Jiangsu (Malaysia) bermula hari ini di Dewan 1 & 2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sehingga 19 November.

Pameran ini buat pertama kalinya diadakan di luar negara ini diselenggarakan oleh Jabatan Perdagangan Wilayah Jiangsu, mendapat sokongan daripada Kedutaan China di Malaysia, jabatan kerajaan tempatan Malaysia dan persatuan perdagangan.

Pameran itu bertujuan untuk memupuk kerjasama ekonomi dan perdagangan yang besar dan mencapai manfaat bersama melalui pelbagai cara termasuk ekspo, acara promosi, kerjasama perindustrian dan sesi dialog.

Lebih daripada 100 perusahaan dari Jiangsu bersama-sama dengan 2 hospital tradisional Cina dan 10 universiti dan kolej, mempromosikan pengembangan pasaran luar negara bagi produk kebudayaan tersendiri seperti tenunan Yunjin, seramik tanah liat ungu, sutera,maklumat digital yang terkait dengan acara permainan secara maya, animasi, perisian, hak cipta dan kekayaan intelektual; serta perkhidmatan kebudayaan yang berkaitan dengan perubatan tradisional Cina, gastronomi, pelancongan dan pendidikan antarabangsa. Acara promosi, jerayawara dasar kebudayaan dan pemadanan perniagaan juga akan berlangsung serentak.

Usahawan Malaysia dan orang ramai dijemput untuk meneroka peluang perniagaan dan merasakan pengalaman mengenai  pesona Jiangsu dan China.

Pameran ini dipercayai akan membuka saluran baharu untuk perdagangan kebudayaan antarabangsa Jiangsu dan saling memanfaatkan perdagangan antara kedua-dua negara Malaysia dan China.

Share: